Kisah Si Ibu

Assalamualaikum..

Kali ni along nak bercerita tentang ibu.. Along tak tau nak mulakan mana.. macam mana nak mula..
Ibu along ni seorang yang kuat, tabah, memang tak di nafikan.. Ibu tak pernah gagal dalam setiap dugaan yang dia hadapi. Dia pasti berjaya menempuhinya.. Dalam kelebihan, ada juga kekurangan ibu ni..

Di mata along, ibu seorang yang sangat degil. Ye memang degil. Kalau nak diikutkan dia je yang betul. tak pernah nak mengaku kalah dan mengaku salah. Kalau ibu rasa dia tua, dengan anak-anak tak pernah rasa bersalah. Mungkin bila dia duduk bilik sorang-sorang dia akan muhasabah diri agaknya..

Along, sebagai anak sulung, selalu tak sependapat dengan ibu. Ada je benda nak digaduhkan. Tapi, along sebagai anak sulung, tak pernah membantah kehendak ibu. Apa yang ibu nak along pasti akan tunaikan walaupun tak seberapa nilainya. Kadang-kadang jalan hidup along ibu yang tentukan. Sampaikan along tak berani nak buat keputusan sendiri. Kenapa ya?

Along tahu semua ibu pasti nak yang terbaik untuk anak-anak nya.. Macam tu juga ibu along. Dari along Sekolah rendah hingga ijazah semua ibu tentukan. Sampai lah peringkat ijazah ni along gagal menamatkannya pada masa sepatutnya.

Dulu, ikut hati along tak mahu sambung ijazah, along nak cari kerja untuk membantu keluarga. Tapi along tak berani bertindak sebab ibu nak sangat along sambung ijazah dan berjaya macam Yaya. Bila hati tak ikhlas, result along semakin teruk. Along malu nak tunjuk pada ibu. Sebab keputusan along bukan 1st Class.. Maafkan along ibu..

Kemudian, along amik keputusan untuk tidak sambung belajar buat masa ni. Masa tu along buntu sangat sebab tak bagitau ibu perkara sebenar. Seorang ibu ada kelebihan, bila disembunyikan dia pasti akan tahu kebenaran. Akhirnya ibu tau along tak habis belajar. Memang kena marah teruk. Along down sangat. Adakah salah tindakan ku?

Impian ibu ingin mempunyai kedai sendiri. Masa tu kami baru mula berjinak berniaga di uptown. Dan along yang handle sepenuhnya dan dibantu oleh adik-adik. Untuk mencari sesuap nasi. Along buat keputusan untuk hold belajar dan along bantu ibu dalam perniagaan. Dalam perniagaan banyak sangat perbalahan antara along dan ibu. Ada je tak kena. Kadang-kadang ibu ni dalam perniagaan banyak masukkan emosi. bila dikuasai emosi memang tak jadi apa.

Kemudian, dugaan demi dugaan kami lalui. Semua dugaan itu berlaku pada ibu. Perniagaan kami selama setahun ni tidak mendatangkan apa-apa hasil. Hasil kami pun banyak rolling untuk modal sahaja. Bila dapat gaji, semua tak berbaloi dengan usaha. Walau apa pun kami bersyukur.

Sekarang ni di bulan Ramadhan kami tidak lagi berniaga. Disebabkan keadaan , dan hati ibu yang 50-50 itu aku tidak dapat meneruskan perniagaan. Kalau orang berniaga ni pasti akan kata kami 'penakut' untuk tempuhi segala cabaran dan dugaan dalam perniagaan. Tapi hati si ibu, adal kalanya benar.. Akhirnya aku akur untuk tidak berniaga..

Sekarang ibu carikan along kerja. Kerja di Uitm. Along malu dengan ibu sebab ibu buat segala-galanya untuk along. Disebabkan dah di 'trait' macam tu along tak berani nak keluarkan diri along untuk berdikari. Kadang along nak buat keputusan sendiri pun tak dapat. Kenapa ibu layan along macam tu ibu?

Sampai sekarang along takut nak lalui dunia luar, along tak pandai berdikari. Luar je nampak kuat tapi hati kecik. Kadang along nak keluar dengan kawan pun kena marah. Di jaga bagai anak kecil yang tak pandai jaga diri. Apatah lagi kalau nak pergi jauh dari ibu..

Adakah ibu tak percaya dengan kebolehan along? Sampai bila ibu nak along jadi macam ni?

Apakah rahsia disebalik hati ibu ini untuk along?

Ibu, along harap dengan didikan ibu beri along boleh jadi kuat seperti ibu. Along jadi berani seperti ibu. Along jadi gagah seperti ibu. Along kuat hadapi cabaran dan dugaan seperti ibu. Ibu... along mohon ibu percaya dengan setiap tindak tanduk yang along buat untuk menentukan masa depan along..

Hanya doa ibu along perlukan..

Kata sahabat: " Along, saya rasa ibu amat memerlukan along. Ibu tak boleh berjauhan dengan along. Mungkin dalam diri dia hanya along kekuatan dia. Mungkin dia nak along menjadi seperti dia. Bagi dia along lah teman dia borak, teman dia sedih, teman dia bergaduh. Kalau along tak ada di depan mata kita tengok macam mana perasaan dia. Kemana-mana je dia pasti ajak along. Dengan along tak sedar sebenarnya along lah anak kesayangan dia. Dia nak yang terbaik untuk along.. Percayalah.. Jangan amik hati dengan kata-kata dia. Semua tu kata-kata bila dia marah je. Tapi dia tak terdetik nak kata along macam tu"

Kata sahabat 2: " Walau apa pun ibu trait along, along kena berani buktikan pada ibu dengan apa yang along buat. Cuba ambil hati dia dengan setiap tindakan yang along buat. Beri keyakinan pada dia yang along boleh berdikari seperti dia.. Sebenarnya along ni 'penakut' Along dibayangi oleh ibu. Sebab tu along tak berani buat keputusan. Apa salahnya along cuba berani. Tak salah memberi keyakinan pada ibu. So along kena keluarkan diri along dari kepompong ketakutan.. Ibu pasti faham.."

Ps: Mungkin along akan dapat jawapannya SATU HARI NANTI..



This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a reply

Apa Saja Cerita Along. Powered by Blogger.