Hari Pertama berbuka puasa di rumah Nenek!

Assalamualaikum..

Macam mane dengan puasa yang pertama? ada baikkah? Sudah semestinya kan.. Mesti korang rasa teruja nak membeli makanan di bazar Ramadhan. Hari pertama ni along tengok bazaar penuh dengan manusia. Sesak nak amat!

Semalam petang (dalam pukul 6pm) along pegi bazaar bersama adik dan sepupu. Cadang nak beli kuih muih untuk nenek. Sebab kami semua bercadang nak berbuka puaa bersama nenek! Sampai je di bazaar pergh! semua kuih da abis ok!

Yang sempat dapat kami beli adalah Popia basah, kuih pelita & air soya sahaja.. Sampai je kat rumah nenek kami semangat sangat sebab dapat berbuka puasa bersama.. Cuma alang (adik ibu ketiga) tak dapat join sebab dia kurang sihat.. Takpe! minggu depan ada lagi! :)

Along niat nak belikan , maakan lauk untuk nenek buat berbuka. Along harap along dapat laksanakan semua itu. Bila dah duduk jauh dari nenek, perhatian along kepada nenek sangat kurang. Maafkan along nek.. Along akan jaga nenek sebaik mungkin.. Along sayang nenek!

Ps: Ok along post dulu, nanti along upload gambar ok!

This entry was posted in , . Bookmark the permalink.

Leave a reply

Apa Saja Cerita Along. Powered by Blogger.