Ditinggalkan..

Assalamualaikum..

Aku tak nak cuba melatah dalam perhubungan, elak-elak pun rasa sedih jugak huhuh.. Tadi Si buah hati call untuk bincang tentang hubungan . Aku pun bersedia untuk dengar lah.. ingat bincang-bincang untuk dapatkan penyelesaian .. tapi rupanya terus dapat keputusan...........

" Saya bukan tak sayang awak, saya sayang awak.. Tapi hari ini saya dah buat keputusan dan saya rasa saya takkan berpatah balik dengan keputusan yang dah dibuat.. Saya rasa kita tak boleh teruskan hubungan ini. Mungkin kita tak serasi untuk menjadi pasangan 'couple' mungkin sesuai untuk jadi teman atau kawan sahaja. Kalau awak perlukan saya untuk share apa-apa awak carilah saya"
 Memang rasa sentap, terkedu, speechless tak tahu nak berkata apa-apa.. Aku hanya mampu dengar isi hati dia sahaja. Aku terima semua kata-kata dia . Sebab dalam perhubungan ni banyak kekurangan aku. Aku tidak memahami isi hati dia. Aku sentiasa sibuk dengan urusan sendiri dan tidak menghiraukan dia.. Maafkan saya sayang..


Tak mampu untuk aku menangis dengan keputusan yang diberi. Hanya aku mampu cakap padanya...


" Andai ada 'borang rayuan' izinkan saya isi semula borang itu.. Saya harap saya dapat memperbaiki segalanya dan kembali pada awak "
Dah banyak kali kami jadi 'cerai rujuk cerai rujuk ' ni.. Semuanya diatas kesilapan yang sama.. Mungkin aku yang tak faham istilah couple ni kot. Susah bercinta jarak jauh ni kan.. Tapi aku harap dia dapat berfikir semula dan pertimbangkan keputusan tadi.

Maklumlah keputusan dibuat akibat 'emosi menguasai diri ' Syaitan pun sokong tindakan amarah 100%..
Sekarang aku berikan dia ruang. Semoga aku dapat keputusan yang baik semula..


This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a reply

Apa Saja Cerita Along. Powered by Blogger.