Hasil titik peluh ku :)

Assalamualaikum..

Hai semua.. along baru balik dari bekerja ni :) Hari ni along tak bukak gerai along. Barang tak dapat beli. Modal tak cukup. Semalam sales dapat 20 lebih je. Tak lepas nak beli barang. So hari ni along jadi pekerja! Hahahaha...

Hari ni merupakan 'first time' along kerja dengan orang tau. Kerja kedai air. Alhamdulillah along dapat belajar buat air. Seronok jugak buat air ni. Tapi kena fokus. Berhati-hati. Jangan tertawar dan jangan termanis. Yang penting manis senyuman perlu letak dalam air tu ahahahhah :D (bergurau je )

Dengan keadaan sedih-sedih along nak cuba sibukkan diri. Dengan bekerja ni lah. (tapi dalam hati tuhan je tahu yang aku masih teringatkan dia )

Bekerja selama beberapa jam ni along rasa puas kerana along dapat bekerja dengan hasil titk peluh along sendiri. Walaupun jumlah tak banyak tapi along bersyukur sangat dengan kerja yang along buat ni. Ntah la rasa lain. along rasa macam sungguh-sungguh along bekerja. Macam tu lah bila salah seorang ahli keluarga keluar mencari rezeki kan..

So hari ni saya dapat upah saya untuk hari ini! :)




Syukur alhamdulillah.. Terima Kasih Ya Allah .. :)

Ps: Saya akan buktikan pada awak bahawa saya dapat teruskan kehidupan walaupun tanpa semangat dari awak yang pernah saya minta sebelum ini..

Pss: Pengalaman manis untuk ku hari ini =)

This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a reply

Apa Saja Cerita Along. Powered by Blogger.