Cuti Rehat Selama beberapa hari..

Assalamualaikum.. 

Hai semua, ni dah hari ke - 3 along tak berniaga. Maaflah along tak postkan kisah hari tu. Ingat tak post yang along tuliskan bahawa kami akan pindah? Tak ingat? Ok boleh TENGOK SINI




Masa hari Isnin along sepatutnya berniaga. Barang-barang semua telah disediakan. Macam biasalah pegi niaga kan.. Sampai je tempat niaga, semua dah lopong-lopong. Ramai dah bukak kemah . Kami pun jadi was-was nak berniaga. Takkan pelanggan akan datang dengan keadaan macam tu? Kepala dah pening nak buat keputusan.

Apa yang pihak management bagitahu, last niaga hari Selasa. Bila tengok awal pulak mereka tanggalkan kemah dan kemas-kemas barang untuk berpindah. Bila dah berbincang kami amik keputusan untuk tidak berniaga pada hari itu.

Malam tu juga kami kemaskan barang dan tinggalkan barang itu di rumah rakan niaga kami. (Maaflah kalau kami menyusahkan awak ye Syahmi )

So, bila kat rumah ni bosan tak tau nak buat apa. Tekad dalam hati nak manfaat kan cuti ni.

Ps: Puasa nak dekat, rasanya dapat ke nak main badminton ni? Huhuhuh

This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a reply

Apa Saja Cerita Along. Powered by Blogger.