Ya Allah.. Ampunilah Aku..

Assalamualaikum..

Malam ni hati rasa sayup je.. Hati rasa sedih.. Tak sedap.. Kenapa ye? Terkenangkan dosa ke? Doasa pada diri, dosa pada kedua ibu bapa, dosa pada adik, dosa pada sahabat, dosa pada masyarakat?

Ya Allah, ampunilah along ya tuhan.. Terima lah amalan hambamu yang kerdil ini. Sungguh pun dari kecil ibu dan ayah telah beri didikan agama yang cukup, namun along tak mampu mempertahankannya..

Ya Allah, along tidak persalahkan orang lain jika berlaku sesuatu yang buruk pada along.. Ibu dan ayah telah berikan didikan yang sempurna . Hanya along yang patut tentukan jalan baik dan jalan tidak baik..

Sepanjang 25 tahun along berada di dunia ini, pertama sekali along bersyukur ke hadrat ilahi kerana Kau berikan peluang along untuk hidup di dunia yang fana ini. Selama 25 tahun ini juga banyak along lalui, kegembiraan, kesediha, kejayaan dan juga kegagalan..

Kini along berada dibawah, dibawah sangat.. Along kusut, along seolah - olah tidak nampak masa depan along untuk banggakan ibu dan ayah. Malah banyak ujian yang along lalui tapi along gagal tempuhinya..

Ampunkan along Ya Allah..



Along pasti, Kau tidak suka akan hambanya yang lemah. Kerana along sepatutnya rasa tenang dan semangat kerana Kau ada bersama ku setiap masa setiap waktu..

Tapi kenapa along tidak nampak Kau Ya Allah Ya Rabb? Kenapa along buta?

Inikah ujian mu untuk along mencari siapa dirimu Ya Allah? Macam mana along nak tawan hati Mu untuk
along rasa Kau sentiasa dalam hatiku? Bagaimana untuk along dapatkan Cinta Mu yang suci itu Ya Allah..

Jauh along tersasar.. Jauh along dari Mu.. Jauh sangat..

Dengan tulisan yang ikhlas dalam hati along ini, along mohon Kau terima lah diri along semula.. Along ingin menjadi along yangdulu sentiasa dekat dengan Mu.. Hidup along sempurna dengan keberkatan dan redha Mu..

Ampunkan Along Ya Allah..

Berilah along peluang kecapi kejayaan, kemanisan, kecintaan, kerinduan kepada Mu... Berilah along peluang Ya Allah... :"(

Kau berkatilah segala usaha along di muka bumi ini Ya Allah.. Berilah along peluang untuk berbakti kepada kedua ibu bapa along yang along sayangi dan along cintai selepas Mu Ya Allah..

Kau perluaskan lah rezeki along di muka bumi ini untuk keluarga, diri dan masyarakat untuk along bantu mereka Ya Allah.. Berilah peluang untuk along dan keluarga merasa kesenangan yang dalam keberkatan Mu..

Kau jadikanlah aku wanita yang solehah serta menjadi contoh kepada adik-adik ku, sahabatku serta anak-anak ku satu hari nanti Ya Allah..

Ya Allah.. andai kau baca isi hatiku, kau perkenankan lah segala doaku... :"(

This entry was posted in , . Bookmark the permalink.

Leave a reply

Apa Saja Cerita Along. Powered by Blogger.