Ingat Peniaga ni Takde Perasaan Ke?

Assalamualaikum..

Pelanggan ni kadang-kadang berlagak jugak kan? Maklumlah peniaga sumber pendapatan mereka dari pelanggan. Sebab tu kadang peniaga ni telan je apa jua komen, cemuh, kerenah setiap pelanggan. Tapi kadang-kadang pelanggan ni lupa bahawa peniaga ni lah membantu mereka menyelesaikan masalah . Apa maksud nya?

Di dalam perniagaan tujuan kita berniaga adalah membantu orang ramai . Bantu dari segi apa? Contohnya, anda ingin mengadakan jamuan. Menu utama anda adalah Nasi Ayam. Anda tidak tahu untuk membuat nasi ayam yang sedap. Oleh itu, anda pun mencari salah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan Nasi Ayam. Anda pun mengupah mereka membuat menu tersebut. Dari situ maknanya mereka membantu menyelesaikan masalah anda. Ada faham? So, jangan lah buat peniaga macam tiada perasaan.

Masa ditempat niaga ada berlaku satu insiden yang along tak boleh nak terima. Ada pelanggan ni datang ke gerai along. Macam biasa lah along layan:

A: Ye pakcik nak makan apa?

P: Selain benda-benda ni (dia tunjuk ke arah rojak) apa lagi makanan kau ada jual?

A: Kami jual Laksa, Tahu Bakar & Laicikang

P: Itu je? Ala.. Aku dah jemu lah makan makanan kau ni

A: Sorry? Apa pakcik cakap? (masa tu kurang jelas nak dapat kepastian)

P: Aku dah jemu. Paham dah jemu?

A: Kalau pakcik dah jemu, kenapa datang ke kedai saya? Pakcik boleh cari makanan lain. Sebelah saya ni ada jual Char Kue Teow & Ala Carte.

Terus along tarik muka ketat. Beberapa minit lepas tu..

P: Nak, pakcik minta maaf ya sebab cakap macam tu. Pakcik dah selalu makan sume ni.

A: Ok takpe (memang time tu mood kelaut. Geram)

Along tak kisah kalau dia tak nak beli makanan di gerai along, tapi tak perlu lah nak cakap macam tu. Kita pun manusia biasa ada perasaan. Dah terang-terang along pasang banner menu dia boleh lihat dan pilih apa menu nak makan.

Mentang-mentang pepatah ada mengatakan " CUSTOMER ALWAYS RIGHT " makin lemak mereka buat pada kami..


This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a reply

Apa Saja Cerita Along. Powered by Blogger.