Archive for 2012

Ramadhan telah pergi.. Syawal pula kembali..

Posted in , , | Leave a comment

Masak masak raya!

Assalamualaikum semua!

Fuhhhh... sekarang time berehat.. So along nak update lah cite tadi ok.. Kami semua dah selesai masak untuk raya! Yahoooo!!!! Awal giler kan? Puku 2 lebih dah siap masak.. Dulu , masa kecik-kecik.. nak dekat akhir puasa ni la kami malas nak memasak. Nak tau sebab apa? Sebab lambat sangat nak siap. Hahahaha.. Tu hakikatnya..

Setiap kali masak je mesti siap malam.. Pastu lagi bila time masak , mesti salah sorang dari kami akan terbongkang kat dapur hahahahha .. Al maklumlah letih puasa..

So kali ni kami pakai startegi baru. Kami beri barang awal, kami siapkan barang malam nya pastu keesokan pagi nya (hari ni) kami mula operasi masak memasak! Hehehe.. Alhamdulillah semuanya selesai..
Sape chef kali ni?

Haaa... chef untuk kali ni adik saya yang kedua! Adik ana namanya.. Dia memang terror bab-bab masak memasak ni.. Kali ni ibu relax je.. Ibu masak rendang je hehehehe.. Macam biasa moh kita tengok gambar lah! Hehehehe :)

Posted in , | 1 Comment

Belanja Raya!

Assalamualaikum..

Ha.. nak dekat raya ni normal lah masing-masing akan berbelanja besar untuk menyambut Aidilfitri yang pertama bersama keluarga yang tercinta. Sama juga dengan keluarga along. Bila tiba je Syawal, masing-masing akan kekalkan MENU TRADISI KELUARGA.. Hahahahhaha.. Takdenye nak ubah menu-menu lain der.. Setahun sekali je rasa menu camni kan....

Korang punya menu Syawal ni apa? Nak tau menu along tak? Of cos lah nak tau kan? Hehehe! Ok..

Posted in , | Leave a comment

Kemas Kemas Raya!

Assalamualaikum..

Raya bakal menjelma. Lagi beberapa hari saja lagi.. Alhamdulillah rumah dah siap di kemas! Syukur ruang rumah sudah terisi dengan pelbagai perabot. Nanti ada rezeki kami nak belikan ibu sofa, tv, meja, cermin. Itu idaman ibu. Dia nak rumah dia terisi tak nampak kosong.

Ok kat sini along share kan gambar . Korang tgklah rumah yang dah di deco ni ye.. Enjoy!

Posted in , | Leave a comment

Kenangan Ke Johor

Assalamualaikum..

Maaf dah lama tak buat entry baru sebab banyak perkara yang perlu dilakukan. Kadang-kadang tu terlupa nak update! Korang Ingat lagi tak along post pasal pergi Johor tu? Yes.. Along dah jejakkan kaki ke sana ok.. 5 hari 4 malam ok! Lama kan?

Pertama kali along pergi tempat orang paling jauh tu. Pergi sendiri lak tu. Itu satu pengalaman yang best! Ini membuatkan along berani untuk merantau di negeri orang (berani ke?) Hehehe..
Bila along buat tindakan sendiri menyebabkan along semakin yakin dan berani nak buat keputusan. Along tak lah taksub nak kebebasan. Tapi inginkan PENGALAMAN. Bak kata orang:

" Pengalaman itu GURU kita"

Apa sebenar tujuan along ke sana? Asalnya along dah berjanji dengan kawan along di sana yang along akan datang ke Johor. Nama kawan along ni Lin. Kami belajar di sama tempat dulu UiTM Melaka. She is my junior. Tapi course tak sama. I call her 'amoi' sebab dia anak cina muallaf.

Posted in , , | Leave a comment

JB! Here I Come!

Assalamualaikum..

JOHOR BHARU! HERE I COME! :D


Posted in , | Leave a comment

Dah Submit Borang Kerja

Assalamualaikum..

Semalam semalaman along tak tidur. Sebab terkenangkan pasal keja. Ini pertama kali along memohon kerja. Itu pun kerja ni ibu yang carikan. Dia nak sangat along kerja agaknya. Jawatan yang along mohon adalah Pegawai Eksekutif (N27) . Dia ada 2 tempat yang memerlukan jawatan ini. 1 Uitm Shah Alam, 1 lagi Uitm Negeri Sembilan. Ikut ibu dia nak anak dia dekat lah. Di Uitm Shah Alam :) Tapi kontrak. Takpelah, untuk mencari pengalaman along cuba jela..

Contoh tawaran dia camnila:

Posted in , | Leave a comment

Kisah Si Ibu

Assalamualaikum..

Kali ni along nak bercerita tentang ibu.. Along tak tau nak mulakan mana.. macam mana nak mula..
Ibu along ni seorang yang kuat, tabah, memang tak di nafikan.. Ibu tak pernah gagal dalam setiap dugaan yang dia hadapi. Dia pasti berjaya menempuhinya.. Dalam kelebihan, ada juga kekurangan ibu ni..

Di mata along, ibu seorang yang sangat degil. Ye memang degil. Kalau nak diikutkan dia je yang betul. tak pernah nak mengaku kalah dan mengaku salah. Kalau ibu rasa dia tua, dengan anak-anak tak pernah rasa bersalah. Mungkin bila dia duduk bilik sorang-sorang dia akan muhasabah diri agaknya..

Along, sebagai anak sulung, selalu tak sependapat dengan ibu. Ada je benda nak digaduhkan. Tapi, along sebagai anak sulung, tak pernah membantah kehendak ibu. Apa yang ibu nak along pasti akan tunaikan walaupun tak seberapa nilainya. Kadang-kadang jalan hidup along ibu yang tentukan. Sampaikan along tak berani nak buat keputusan sendiri. Kenapa ya?

Posted in | Leave a comment

Buka Puasa Bersama Ayah

Assalamualaikum..


Indah kan bila kita berkumpul bersama-sama dan berbuka puasa bersama keluarga tercinta? Sangat gembira kan? Itulah yang along rasa hari ini. Ini kali kedua ayah datang berbuka puasa bersama kami. Oh untuk makluman ibu dan ayah dah berpisah. dah 3 tahun mereka berpisah.. Apa-apa pun aku redha dengan ketentuannya.. Anggaplah mereka tiada jodoh..

Sebelum berbuka puasa, ayah ajak kami beli barang dapur.. Hari ni lain sangat sebab ayah belikan barang dapur sangat lah banyak! Memang banyak! Tak pernah beli barang macam ni.. Dalam masa sebulan kali ni 2x beli barang dapur. Kalau dulu takde pun. Sampai ibu bising sebab ayah tak bagi duit rumah.

Ayah dapat BONUS ke? (Persoalan di kepala hehehe )

Posted in , | Leave a comment

Ya Allah.. Ampunilah Aku..

Assalamualaikum..

Malam ni hati rasa sayup je.. Hati rasa sedih.. Tak sedap.. Kenapa ye? Terkenangkan dosa ke? Doasa pada diri, dosa pada kedua ibu bapa, dosa pada adik, dosa pada sahabat, dosa pada masyarakat?

Ya Allah, ampunilah along ya tuhan.. Terima lah amalan hambamu yang kerdil ini. Sungguh pun dari kecil ibu dan ayah telah beri didikan agama yang cukup, namun along tak mampu mempertahankannya..

Ya Allah, along tidak persalahkan orang lain jika berlaku sesuatu yang buruk pada along.. Ibu dan ayah telah berikan didikan yang sempurna . Hanya along yang patut tentukan jalan baik dan jalan tidak baik..

Sepanjang 25 tahun along berada di dunia ini, pertama sekali along bersyukur ke hadrat ilahi kerana Kau berikan peluang along untuk hidup di dunia yang fana ini. Selama 25 tahun ini juga banyak along lalui, kegembiraan, kesediha, kejayaan dan juga kegagalan..

Kini along berada dibawah, dibawah sangat.. Along kusut, along seolah - olah tidak nampak masa depan along untuk banggakan ibu dan ayah. Malah banyak ujian yang along lalui tapi along gagal tempuhinya..

Ampunkan along Ya Allah..


Posted in , | Leave a comment

Hari Pertama berbuka puasa di rumah Nenek!

Assalamualaikum..

Macam mane dengan puasa yang pertama? ada baikkah? Sudah semestinya kan.. Mesti korang rasa teruja nak membeli makanan di bazar Ramadhan. Hari pertama ni along tengok bazaar penuh dengan manusia. Sesak nak amat!

Semalam petang (dalam pukul 6pm) along pegi bazaar bersama adik dan sepupu. Cadang nak beli kuih muih untuk nenek. Sebab kami semua bercadang nak berbuka puaa bersama nenek! Sampai je di bazaar pergh! semua kuih da abis ok!

Yang sempat dapat kami beli adalah Popia basah, kuih pelita & air soya sahaja.. Sampai je kat rumah nenek kami semangat sangat sebab dapat berbuka puasa bersama.. Cuma alang (adik ibu ketiga) tak dapat join sebab dia kurang sihat.. Takpe! minggu depan ada lagi! :)

Along niat nak belikan , maakan lauk untuk nenek buat berbuka. Along harap along dapat laksanakan semua itu. Bila dah duduk jauh dari nenek, perhatian along kepada nenek sangat kurang. Maafkan along nek.. Along akan jaga nenek sebaik mungkin.. Along sayang nenek!

Ps: Ok along post dulu, nanti along upload gambar ok!

Posted in , | Leave a comment

Puasa dah diumumkan.. Yahoo!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Esok kita akan bermula menunaikan ibadah puasa. Hari ini kita akan mulakan dengan Solat Terawih yang pertama :) Bila tengok iklan di tv, tiba-tiba aku terasa suasana masa aku kecil dahulu. Puasa bersama keluarga, kawan sekolah, jiran tetangga. Sekarang semuanya dah berubah.. Tak sama macam dulu.. Aku rindu waktu yang dulu.. :(

Tadi masa umum kan isytihar puasa aku tak dapat tengok huhuuh Terlepas lah pulakkkkk... Jap cek kat Youtube ade ke tak.. Jap ekk..

Yeah!!! Ada!!!

(Terus tag kat adik ana! Dia memang semangat seh! Heheheheheh dulu kecik-kecik pun tunggu pengumuman ni)

Dikesempatan ini, along nak ucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua keluarga, sahabat handai, dan seluruh rakyat Malaysia .. Semoga Ramadhan kali ini kita dapat keberkatan dari Allah. Semoga amalan kita diterima oleh Nya..


Aku harap Ramadhan kali ni aku tak terlepas dengan semua ibadah yang boleh membawa ku ke lembah pahala.. Amin..

Posted in | Leave a comment

Cuti Rehat Selama beberapa hari..

Assalamualaikum.. 

Hai semua, ni dah hari ke - 3 along tak berniaga. Maaflah along tak postkan kisah hari tu. Ingat tak post yang along tuliskan bahawa kami akan pindah? Tak ingat? Ok boleh TENGOK SINI

Posted in | Leave a comment

Dugaan melanda, Hati semakin tabah..

Assalamualaikum..

Hai sahabat, along baru je pulang dari niaga ni. Hari ni sales semakin kurang lagi. Tempat niaga kali ni sangat lah teruk . Tak tahu lah mana silap nya. Sama ada dari segi promosi atau pun sikap orang-orang di sini. Kalau korang nak datang ke sini buat masa ni mesti rasa maca suram. Memang takkan lama lah.
Kalau dah promosi takkan tak jalan pulak kan?

( Kalau promosi terbaik, heboh satu kampung camni confem gempak tempat niaga kami ni kan? )

Posted in , | Leave a comment

Menyayangimu..

Bukan kerana paras dan rupa
menyayangimu sepenuh hati
Bukan kerana emas permata
cintaku tulus suci

Bumi yang mana tak ditimpa hujan
lautan mana tak bergelora
begitu juga dengan kasih kita
penuh ranjau berduri

Berjanjilah oh kekasih
hanya aku bertahkta dihatimu
buangkanlah kesangsian
hulurkan la seribu kasih sayang

Usah diungkit sejarah dulu
luka yang pahit biarkan berlalu
selagi nyawa dikandung badan
engkau tetap ku sayang

Berjanjilah oh kekasih
hanya aku bertahkta dihatimu
buangkanlah kesangsian
hulurkan la seribu kasih sayang

Usah diungkit sejarah dulu
luka yang pahit biarkan berlalu
selagi nyawa dikandung badan
engkau tetap ku sayang

Bukan kerana paras dan rupa
menyayangimu sepenuh hati
Bukan kerana emas permata
cintaku tulus suci….







Ps: Terkenang kisah lalu.. (Tapi ada permata yang layak menerima lagu ni dari ku )

Posted in | Leave a comment

Hasil titik peluh ku :)

Assalamualaikum..

Hai semua.. along baru balik dari bekerja ni :) Hari ni along tak bukak gerai along. Barang tak dapat beli. Modal tak cukup. Semalam sales dapat 20 lebih je. Tak lepas nak beli barang. So hari ni along jadi pekerja! Hahahaha...

Hari ni merupakan 'first time' along kerja dengan orang tau. Kerja kedai air. Alhamdulillah along dapat belajar buat air. Seronok jugak buat air ni. Tapi kena fokus. Berhati-hati. Jangan tertawar dan jangan termanis. Yang penting manis senyuman perlu letak dalam air tu ahahahhah :D (bergurau je )

Dengan keadaan sedih-sedih along nak cuba sibukkan diri. Dengan bekerja ni lah. (tapi dalam hati tuhan je tahu yang aku masih teringatkan dia )

Bekerja selama beberapa jam ni along rasa puas kerana along dapat bekerja dengan hasil titk peluh along sendiri. Walaupun jumlah tak banyak tapi along bersyukur sangat dengan kerja yang along buat ni. Ntah la rasa lain. along rasa macam sungguh-sungguh along bekerja. Macam tu lah bila salah seorang ahli keluarga keluar mencari rezeki kan..

So hari ni saya dapat upah saya untuk hari ini! :)

Posted in | Leave a comment

Ingat Peniaga ni Takde Perasaan Ke?

Assalamualaikum..

Pelanggan ni kadang-kadang berlagak jugak kan? Maklumlah peniaga sumber pendapatan mereka dari pelanggan. Sebab tu kadang peniaga ni telan je apa jua komen, cemuh, kerenah setiap pelanggan. Tapi kadang-kadang pelanggan ni lupa bahawa peniaga ni lah membantu mereka menyelesaikan masalah . Apa maksud nya?

Di dalam perniagaan tujuan kita berniaga adalah membantu orang ramai . Bantu dari segi apa? Contohnya, anda ingin mengadakan jamuan. Menu utama anda adalah Nasi Ayam. Anda tidak tahu untuk membuat nasi ayam yang sedap. Oleh itu, anda pun mencari salah seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan Nasi Ayam. Anda pun mengupah mereka membuat menu tersebut. Dari situ maknanya mereka membantu menyelesaikan masalah anda. Ada faham? So, jangan lah buat peniaga macam tiada perasaan.

Masa ditempat niaga ada berlaku satu insiden yang along tak boleh nak terima. Ada pelanggan ni datang ke gerai along. Macam biasa lah along layan:

Posted in | Leave a comment

Melepaskanmu Kerana Terpaksa..


Tak Dapat ku lupakan kenangan silam
Susah dan senang kita harungi berdua
Bersumpah setia hidup mati bersama
Sehingga ke penghujungnya
Tergamak engkau meninggalkan diriku
Disaat aku memerlukan kasih sayangmu
Kini aku sendiri meneruskan hidup ini
Bersama hati yang telah kau lukai
Menyesalnya aku menyintai dirimu
Kini ku sengsara akibat perbuatanmu itu
Kini kau bahgia hidup disampingnya
Mudahnya aku kau lupakan
Betapa sakitnya pedihnya
Kau kata kau cinta dia
Mengapa diriku akhirnya
Menjadi mangsa dalam percintaan
Oh pilunya
Terpaksalah aku sendiri
Mengundurkan diri demi
Keluargamu mengharapkan
Agar ku berlalu pergi
Untuk sidia pilihan hatimu
Dengan rela ku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar engkau bahagia
Dengan rela ku lafazkan
Selamat tinggal sayang
Ku doakan agar engkau bahagia




Ps: Masih tak boleh lupakan dia... Kenapa??? :'( Bayangan dia menghantui ku..Lirik ni tak sepenuhnya berkaitan tentang diri kami tapi ada 'certain part' sama.. Exactly. Aku tak boleh bohong diriku yang aku masih merinduinya.. Senyuman dia buat aku rindu.. Tapi aku terpaksa teruskan hidup kan? Begini kah sakitnya bercinta?

Posted in | Leave a comment

Sakit Juga Bila Putus Cinta..

Assalamualaikum..

Aku give up ke? Ye.. Aku give up.. Mula-mula semangat nak selamatkan hubungan aku bersama si jantung hati.. Tapi dia keraskan hati dan perasaan dia untuk tidak menerima diri ku semula dalam hidupnya..

Sakit hati ni.. Sakit jiwa ni.. Perit Jiwa ni.. Aku baru berusaha sekejap sikit pun dia tak terima.. Aku tak tahan dilayan begitu.. Aku sedih dia buat keputusan ni..

Hanya kerana:

Posted in | Leave a comment

Ditinggalkan..

Assalamualaikum..

Aku tak nak cuba melatah dalam perhubungan, elak-elak pun rasa sedih jugak huhuh.. Tadi Si buah hati call untuk bincang tentang hubungan . Aku pun bersedia untuk dengar lah.. ingat bincang-bincang untuk dapatkan penyelesaian .. tapi rupanya terus dapat keputusan...........

Posted in | Leave a comment

Bila Si Ibu Merajuk..

Assalamualaikum..

" Jika gugurnya airmata ibu, maka 10 kebaikan yang dilakukan oleh seorang anak akan jatuh"
Dah berapa banyak along gugurkan airmata ibu? Terlalu banyak.. Tak terkira.. Dan along rasa along telah dilabelkan sebagai anak derhaka, anak tak mengenang budi, anak kurang ajar.. Maafkan along ibu..

Sejak ibu berpisah dengan ayah, emosi ibu semakin 'membesar'.. Kadang-kadang ada je tak kena. Bila macam tu, along pula bersifat 'darah muda' kadang tidak sabar dengan kerenah ibu. Subhanallah anak apa along ni..

Posted in | Leave a comment

Naik Fedup Dengan Pengurusan HNB..

Assalamualaikum..

Serius along naik fedup dengan management HNB.. HNB ni tempat along niaga .. cari rezeki.. tapi management kat sana sangat teruk.. Sejak bila along bermula dengan HNB?

Along start berniaga di HNB tahun lepas (2011) bulan 5 (25hb) along mula berniaga di HNB masa tu tapak ni di Klang Sentral. Masa tu agak seronok la berniaga sebab tempat dekat. Lagipun uptown so along aspect ramai orang menjejak kan kaki ke uptown.

Sebelum nak dapat tapak tu, along survey jugak la camne prestasi kat sana. So far along tgk ok then along pun cuba apply kat situ. Bila dah mula beniaga kita seronok lah dapat kawan baru. Masa mula dulu tu ibarat adik beradik. Apa-apa pun tak kisah. Memang happy lah..

Bila dah mula baik seperti ' air dicincang takkan putus' & 'ibarat pijak semut tak mati' mula lah Allah beri dugaan dalam perhubungan. Kat situ mulalah kita akan nampak sifat manusia ada yang punyai sifat hasad dengki, iri hati, melaga-laga , mengadu domba, menabur fitnah , melobi dan macam-macam lagi.. Ha.. Masa tu kita akan belajar mengenali sifat masing-masing.. Maklumlah dulu 'kentut busuk pun bau wangi' :)

Bila dah jadi macam ni, management pun goyah la.. Mulalah dia menjadi pendengar setia orang yang mengadu domba, menyebar fitnah. Kalau dia membantu menyelesaikan masalah takpe. Ini dia juga melagakan antara peniaga.. Pelikkan? Itulah realitinya.. Dan yang sedihnya attitude seorang management ni masih dibawa sehingga tempat sekarang ni..

Apa lagi yang mereka buat???

Posted in | Leave a comment

Baru sentap sikit je..

Assalamualaikum..

Along baru balik niaga ni.. Penat penat penat.. Biasa lah penat.. Tapi kena sabar.. sabar dengan dugaan Allah.. Skg ni pun ngah tensen.. Sebab sales kurang.. Sok nak beli barang banyak jadi lepas bayar gaji adik je.. Hurmm.. Camne nak pupuk sabar dalam diri.. Jangan bagi terasa.. Jangan bagi menangis..

Tu satu hal.. Ni pulak cite lain.. Pasal adik along sorang ni.. Hurm.. dah pandai sentap-sentap.. Ok la semua manusia akan hadapi perasaan sentap tu..Tapi ape along buat bersebab..

Tadi dia tak pegi sekolah, then Si Angah kata adik along ni nak kua, then along marah la.. Terlepas lah cakap...

" Owh! mentang-mentang dah ada duit, suka-suka je tak nak sekolah! "


Pastu adik along yang sorang ni mengadu la, dia kata adik along tu sentap dengan statement along.. Sampai dia nangis.. Along akui semua tu.. Along tegur bersebab.. Bukan suka-suka.. Bila dia sentap macam tu dengan along pun pandang sinis kat along.. Tak boleh gurau sikit da.. Muka masam kot.. Ok takpe..

Tapi persoalan along:

Posted in | Leave a comment

Peluang Dah Ada, Tapi....

Assalamualaikum..


Siapa yang tak suka ambil peluang, Semua orang pasti akan 'grab' peluang yang ada.. Macam along sebenarnya banyak peluang yang diperolehi. Terutamanya buka booth. Sebenarnya untuk 1 Julai 2012 ni along dapat tapak kat Sementa sempena karnival memancing, sewa RM50 sehari..


Lepas tu ada lagi... Orang offer amik tapak kat Uptown Taman Melawati Sempena hari bapa.. Sewa tapak ni plak RM100 je.. Huhuhuhuh Murah kan?

Posted in , | Leave a comment

Mana Sifat Perikemanusiaan Mereka?

MANA? MANA? MANA???

Kenapa manusia zaman sekarang ni makin kejam? Masa sekolah dulu sudah di ajarkan pendidikan moral, agama, kenapa masih lagi ada dikalangan mereka yang bodoh tak pakai otak dalam bab-bab macam ni?
Aku geram betul bila ada manusia yang tak tahu untuk mempunyai sifat penyayang terhadap haiwan.

Posted in | Leave a comment

Susah Nak Faham

Assalamualaikum..

Sedihla... Sedih... Sedih...!!!!!!!!!!

Makin hari makin tak faham perangai ibu.. Banyak sangat pe'el (kerenah) dia.. Kalau dia cuti macam ni lah, ade je tak kena.. Ade je nak moody.. Nak ikut rentak dia je...

Ni tah apehal tah dia kua beli barang tak cakap ngan aku! Buat la macam biasa, tegur jela ajak beli barang.. Bukan susah pun.. Kalau tau perangai camni... Eeeeeeeeeee!

Kan dah 2 3 kali kerja nak kua lagi pegi beli barang... Tensen la...

Posted in | Leave a comment

Tahniah Abang Nas & Sis Najeeba

Assalamualaikum..

Tanggal 24 Jun 2012 Abang Nas telah selamat berkahwin dengan wanita pilihannya Sis Najeeba..
Siapa Abang Nas ni?

Masa along Pra Diploma dulu Abg Nas ni la Fasi along masa program Masjid dulu. Masa tu dia garang sangat! Sombong pun ada ! Naik menyampah dulu along tengok abang Nas ni. Berbulu pun ada hahahhaha..

Sebenarnya Abg Nas ni baik sangat. Dia tertib, taat, berdisiplin sebab tu dia tegas. Dia terpaksa buat macam tu sebab itu adalah salah satu tugas dia. Kalau nak diikutkan semua orang menyampah dengan dia ni ahahahha..

Waktu belajar dulu ni lah ciri-ciri idaman lelaki yang along nak hahaha.. Tapi bukan jodoh.. Along lebih selesa anggap dia sebagai Abang Long saja :)) (Saya ada abang tau! Jgn memain )

Abang Nas juga merupakan Ketua Komander masa kat Uitm Sarawak dulu. Kalau tang-tang kawat ni bagi lah dia heheheh !

Sekarang ni profession dia sebagai Pejuang dalam industri Nasyid. Abg Nas ada kumpulan sendiri. Makin popular di industri Nasyid. Nama kumpulan beliau ALFARABI BAND.


Posted in , | Leave a comment

Reward

Assalamualaikum..

Selamat Petang semua.. petang2 macam ni mesti ada yang bersantai, baru  nak balik keja, ada yang masih di office , tempuh jam.. Ho.. tu paling tak suka tempuh jam kann.. Confirm dalam kereta ada yang maki hamun hahahaha..

Along petang-petang macam ni kat rumah la..Da siap sume barang-barang untuk niaga malam nanti along tak tau nak buat apa da..

Masa lepas solat tadi along tiba-tiba terfikir pasal "REWARD". Korang tau tak ape tu reward? Kalau dalam bahasa Melayu bermakna GANJARAN.


Posted in | Leave a comment

Tahniah Adik Along!

Assalamualaikum..

Kelmarin (23/6/2012) tak sempat nak update cite.. Semalam adik along yang bongsu ada SUKAN TAHUNAN SEKOLAH.  Sebelum tu dia dok sibuk je " along nanti datang sekolah adik tau" "Ibu jgn lupa datang tengok adik main sukan tau " bla bla bla... (Panjang permintaan dia hahahaha )

Untuk tidak hampakan permintaan dia kami pun datang ke sekolah dia..


Posted in | Leave a comment

Kualiti bukan populariti..

Assalamualaikum..

Entri sudah along menyatakan mencari cinta.. Calon ke- 4 siapa? Tak tau? Kalau nak tau tengok sini ok :)
Untuk post kali ni along nak cakap pasal sape? Of cos la calon along yang no. 4 tu. Dah tengok? Dah baca? Kalau dah, along terus cite kat sini lah ye..

Sekarang ni rakyat Malaysia semakin "sedar" dengan kehadiran FAHRIN AHMAD dalam industri lakonan ni. Sebelum ni bukan nye mereka tak kenal cuma tak perasan je sebab FA ni bukan lah PELAKON LELAKI POPULAR seperti pelakon-pelakon lelaki yang lain.

Kalau nak diikutkan drama-drama atau filem tak delah 'havoc' mane pun sampai meletup!

Tapi macam mana FA ni meningkatkan imej beliau dalam bidang lakonan ni? Apakah rahsianya?

Rahsianya adalah.. FA hanya fokus kepada reputasi bukannya populariti.. FA juga banyak menjadi duta produk.. Antaranya :

Posted in , | Leave a comment

Terpaksa Tipu..

Assalamualaikum..

Semalam ( 18/06/2012) Ibu baru pulang dari Terengganu! Best ibu dah balik..
Masa ibu takde, ayah la yang bawa kami (jadi transporter) untuk pergi berniaga.. Ibu dah pesan kat kami jaga rumah, jaga kereta, dan macam2 lagi..

Bila ibu ayah dah divorce ni kami anak-anak berada di tengah-tengah.. Tak boleh nak pihak pada ibu dan tak boleh juga pihak pada ayah.. Kami hormat kedua-dua nya utnuk menjaga hati mereka..

Ibu..Maafkan along sebab terpaksa menipu ibu tadi.. Kalau ibu tau perkara sebenar mesti ibu tak suka.. Along tak dapat nak jelaskan pada ibu.. Along jelaskan di sini je..

1. Sebenarnya.. Kereta ibu tak tinggal kat rumah pun.. Ayah bawak balik kat rumah ayah.. Along nak cakap pun tak sampai hati.. Along tau ayah akan terasa nanti bila along persoalkan :

Posted in | Leave a comment

Small Office

Assalamualaikum..

Hari Ahad adalah masa yang sesuai untuk mengemas umah. Kalau nak ikut kan hari lain boleh tapi tak dan.. Pagi confirm2 kadang2 bangun lambat, da bangun pastu terus g pasar.. Bila dah bawa banyak barang mula lah badan penat dan tak terdan nak buat keje-keje umah..

So dengan hari ahad ni (cuti niaga ) adalah masa nak mengemas..

Kat umah ni along ni ada satu sudut along jadikan my own office ! :) Nak tengok tak?

Posted in | Leave a comment

Mencari Cinta

Assalamualaikum..

Hahahha.. pagi-pagi dah menulis lagi.. Sebenornya along baru balik je ni.. Tangan ni nak gak menaip.. Terus menaip.. sebelum tidoq layan En Toshiba dulu hehehe..

Ha.. Ni nape along jiwang karat pagi-pagi ni? Sebenarnya terkena penangan tgk kawan-kawan ada yang dah kawin, dah tunang, dah ada anak huhuhuh..

Perasaan ni macam CEMBURU pun ada sebab mereka telah ditemukan pasangan hidup.. Baik kawan lelaki / kawan perempuan.. Dah la yang perempuan ni dapat pasangan KACAK2 lak tu..

Tak payah tgk jauh2.. Tgk sepupu sendiri pun cukup.. Yang sorang dah bertunang, yang sorang lagi bakal bertunang.. Oh! Tunang2 mereka pun kacak2 belaka.. Waaaaaaaa...

Bila dah rasa macam ni mulalah terdetik......

Posted in | Leave a comment

Cerita Gembira & Cerita Sedih

Assalamualaikum..

Ini lah lumrah kehidupan ada cerita gembira dan ada cerita sedih.. Jika suasana gembira hendaklah kita lafazkan syukur supaya kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Jangan juga lupa dan berterima kasih di atas nikmat yang diberi..

Jika cerita sedih, hendaklah kita akur dan redha dengan ketentuannya jangan lah sekali kita pertikai dengan apa yang jadi..

Posted in | Leave a comment

Hanya Aku Cinta Kau Seorang


Kau hadir tanpa ku sedari,

Mengisi kekosongan hati, 
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi......



Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri, 
Malam ku tanpa mimpi.......



Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan,



Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,



Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan..



Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu.......

Ps : Jom Berangan tgk video bawah ni :)


Posted in | Leave a comment

Penulisan yang pertama

Assalamualaikum..

Hai, ini penulisan pertama untuk blog 'kedua' along. Nak bersantai untuk bercerita macam-macam yang ada. Nanti lama-lama berkembanglah cerita along ni hahahaa..

Apa yang along nak kongsikan hari ni cerita sedih tau. Sedih sangat T_T

Masa niaga tadi 'jiran niaga' (ABG SYARIF) along tadi accident! Dia accident masa nak masuk simpang uptown HOT NIGHT BAZAAR. Kawasan kat situ memang sah-sah lah GELAP. Memang pastinya akan berlaku nya kemalangan. ( Sekarang buka lah mata wahai pihak MANAGEMENT HNB.. Pastikan ada lampu atau sign yang membolehkan para pemandu tahu tu kawasan masuk ok.. )

Posted in | Leave a comment
Apa Saja Cerita Along. Powered by Blogger.