Dah Submit Borang Kerja

Assalamualaikum..

Semalam semalaman along tak tidur. Sebab terkenangkan pasal keja. Ini pertama kali along memohon kerja. Itu pun kerja ni ibu yang carikan. Dia nak sangat along kerja agaknya. Jawatan yang along mohon adalah Pegawai Eksekutif (N27) . Dia ada 2 tempat yang memerlukan jawatan ini. 1 Uitm Shah Alam, 1 lagi Uitm Negeri Sembilan. Ikut ibu dia nak anak dia dekat lah. Di Uitm Shah Alam :) Tapi kontrak. Takpelah, untuk mencari pengalaman along cuba jela..

Contoh tawaran dia camnila:



Satu malam along tak boleh tidur terkenangkan pasal kerja. Bukan apa .. along sebenarnya takut nak masuk alam pekerjaan ni. Along tak tahu kenapa ada perasaan camtu. Sampai bila nak jadi camni kan.. Tak nak lah salahkan orang lain. Ini adalah salah diri along sendiri.. Bak kata 'seseorang' ni..

Sebenarnya awak ni 'takut' . Takut nak hadapi cabaran di luar sana. Self Esteem kurang.. Sebab tu jadi macam ni. Tapi apa punca self esteem kurang? Sekarang awak kena berani. Kena berani tempuhi dunia luar. Sekarang ni awak sebenarnya belum membuktikan apa-apa kepada keluarga awak
Masa 'Si dia' cakap macam tu, along betul-betul terkedu. Apa yang dia cakap ada benarnya. Sampai bila along nak macam ni.. Dia memberi along semangat. Dia minta along gunakan internet sebaiknya. Cari ilmu untuk tingkatkan keyakinan diri. Untuk Bahasa Inggeris, dia sanggup ajar along dari mula. Dari baby punya English sampailah ke dewasa. Katanya kita takde alasan untuk belajar. Terima Kasih awak.. :)

Dengan membaca Basmalah, along memulakan isi borang tersebut. Malam tu juga along cari semua dokumen yang diperlukan . Berpeluh cari. Satu box tu along selongkar. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan.

Along harap, Allah beri along peluang untuk mendapat kerja tersebut. Ibu terlalu gembira kerana along isi borang tu.. Along harap kali ni along dapat membahagiakan ibu.. Ibu doakan perjalanan hidup along dilalui dengan sempurna ya ibu..

Sekarang ni along nak cari info tentang temuduga. Banyak kelemahan along sebenarnya. Along tak tahu bagaimana nak laluinya.. Ya Allah.. Bantulah diri ku ini..

Ps: Si Dia juga gembira dengan tindakan yang along lakukan :) Semangat along! Bak kata Mr. Mario!
Pss: Dr Fadzillah Kamsah kata, Allah tidak suka dengan orang yang tidak berani hadapi cabaran hidup. Kita mesti laluinya..


This entry was posted in , . Bookmark the permalink.

Leave a reply

Apa Saja Cerita Along. Powered by Blogger.