Ramadhan telah pergi.. Syawal pula kembali..



Sebak bila Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Kerana pada bulan Ramadhan lah satu-satunya bulan kita menikmati keindahan melaksanakan ibadah. Bulan Ramadhan juga perolehi banyak fadhilat yang terselindung yang merupakan kita perolehi ganjaran yang besar. Subhanallah..

Hari ini (19/08/2012) Syawal kembali menemui kita. Seronok bila kita lihat keluarga kita gembira untuk merayakan hari yang penuh bermakna bersama.. Hari ni semua adik beradik along berkumpul. Along rasa happy sangat! Sebab tahun lepas tak sangat dapat berkumpul sebab salah sorang adik along penuh komitmen dengan kerja. Kali ni kami bersama!


Walaupun along gembira dengan adik-adik along, tapi along sedih dengan satu perkara..
Ibu & Ayah..

Ye.. along kena redha.. Kena terima.. Apa yang terjadi.. Dah 3 tahun ibu ayah berpisah.. Along amat merindui mereka yang dulu.. Raya kali ni ayah tak bersama dengan kami. Tadi ayah ada call ayah balik kampung dan balik ke sini Raya Kedua nanti.. Selalunya ayah akan bersama dengan kami raya pertama. Bila selesai solat sunat hari raya ayah pasti datang menikmati juadah yang kami sediakan.. Tapi kali ni pelik ayah kata ayah balik kampung..

Kalau ibu pula, seboleh-boleh nya akan elakkan diri untuk pulang ke kampung. Itu pun kalau ayah ada. Ibu tak nak kelibat ayah pun ada di kampung. Mungkin ada sebab tersendiri mengapa. Walaupun along tau sekali pun, along takkan cerita di sini.. Biarlah..

Untuk kesekian kali, along ingin mengucapkan:


Kepada keluarga, sahabat yang mengenali diri along. Nak buat ucapan panjang-panjang takmolah.. ebab banyak sangat text nanti hehehe.. Semoga kalian semua berbahagia bersama keluarga tercinta..

Ps: Esok salam raya.. Oh berdebar!

This entry was posted in , , . Bookmark the permalink.

Leave a reply

Apa Saja Cerita Along. Powered by Blogger.