Cerita Gembira & Cerita Sedih

Assalamualaikum..

Ini lah lumrah kehidupan ada cerita gembira dan ada cerita sedih.. Jika suasana gembira hendaklah kita lafazkan syukur supaya kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Jangan juga lupa dan berterima kasih di atas nikmat yang diberi..

Jika cerita sedih, hendaklah kita akur dan redha dengan ketentuannya jangan lah sekali kita pertikai dengan apa yang jadi..



BERITA GEMBIRA

Hari ni along nak share, sahabat along dari UITM telah selamat diijabkabulkan semalam. Hari ni majlis beliau.. Alhamdulillah.. tahniah along ucapkan kepada SARA AINA & En Suami.. Along minta maaf kerana tak dapat hadirkan diri pada majlis kamu hari ini.

Along doakan semoga hubungan kamu berdua kekal hingga ke akhir hayat.. Semoga kamu tabah tempuhi segala cabaran dan dugaan di alam perkahwinan .. Akhir sekali semoga kalian berdua dikurniakan zuriat yang comel! Ameen ;)



BERITA SEDIH

Angah : "Along, kenal tak Suffian adik Khairil tu?"

Along: " Kenal.. Ha, nape?"

Angah: " Dia dah meninggal semalam"

Along: " Ha??? NAPE??"

Angah: " Tak tau lah.."

Bila dengar je berita tu, along tak pua hati.. Nak jugak dapat kepastian. Betul atau tak dengan apa yang along  dengar ni. Along terus post wall FARAH AZMI (rakan pada arwah) untuk dapat kepastian..


Memang benar apa disebarkan.. Sedih sangat.. Arwah masih muda lagi.. Benarlah, ajal dan maut tidak kira usia.. Bukan tunggu TUA sahaja.. Di usia MUDA juga kita harus bersiap sedia..


" AL - FATIHAH.. SEMOGA KAMU TENANG DI SANA.. YA ALLAH AMPUNILAH SEGALA DOSA BELIAU KETIKA DI USIA MUDA INI.. AMPUNILAH DIA YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA KAU MAHA PENGAMPUN.. AMIN YA RABBAL ALAMIN.."


This entry was posted in . Bookmark the permalink.

Leave a reply

Apa Saja Cerita Along. Powered by Blogger.